Ahad, 29 Jun 2014

Cross Stitch Fabric II

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari kedua dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi oleh Allah Taala untuk merasai nikmat berpuasa bersama keluarga, bersahur dan berbuka bersama-sama. Of course ke pasar Ramadhan setiap petang bersama cik abang yang rambang mata tengok juadah berbuka.

Setiap xstitcher ada cara tersendiri untuk menentukan di mana first stitch sebelum memulakan sesuatu project. Begitu juga dengan saya. Kalau nak mudah gunakan cross stitch ruler gauge. Ruler seperti gambar dibawah membolehkan xstitcher menentukan di mana first stitch dan saiz fabric untuk project tersebut. Lain ct lain saiz fabric yang harus dipotong. Tentu sekali kita tidak mahu membazir fabric kita dengan memotong secara berlebihan.. kain sekarang mahal cik kak oiii..

Cottage Mill Cross Stitch Gauge 
 
Berapa harganya pembaris ni? Di Amazon lebih kurang RM14 satu. Itu tidak termasuk kos penghantaran.

Kitchen Rack

Sebelum itu apakah yang dimaksudkan dengan count (ct). Ct adalah bilangan kotak kecil per inci kain. kalau 14 ct maksudnya 14 kotak kecil per inci kain. Basically, lagi besar ct lagi kecillah saiz project.

Cara yang saya gunakan mudah - gunakan calculator yang sedia ada di rumah mahupun di pejabat. Ambil contoh project Kitchen Rack diatas. Mula-mula kira berapa banyak kotak kecil, melintang dan  menegak. Terdapat 180 kotak melintang dan 70 kotak menegak. Kemudian tentukan saiz fabric anda. katakanlah anda nak guna Aida 11ct. sekarang mari kita kira saiz project anda:

Ukuran melintang = 180/11
                             = 16.4"
                             = 41.66 cm

Ukuran menegak = 100/11
                            = 9.1"
                            = 23.1 cm                   

So, saiz project anda adalah lebih kurang 41.7 cm melintang dan 23.1 cm menegak. Untuk saiz kain pula saya akan lebihkan 2 - 3" untuk memudahkan attachment di ram.

So, sekarang di mana first stitch. Untuk mendapatkan gambar betul-betul ditengah kain, cara yang paling senang ialah dengan bermula dari tengah. Lipat kain 2 kali, melintang dan menegak, kemudian cari titik tengah dah tandakan. Disitulah first stitch kita. Titik tengah di pattern pula selalunya sudah di tanda dengan anak panah. Kalau berkenan dengan pattern Kitchen Rack di atas boleh dapatkan di sini (cross stitch kit, siap dengan high quality fotostat pattern x 2, Aida 14 ct cream, thread organizer, flos DMC mengikut nombor dan needle #26 x 5).

Alright, itu sahaja pelajaran kita hari ini. Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati dan diterima Allah SubhanahuWaTaala. Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka dan jangan lupa Sembahyang Terawih.. :)



wassalam.



Ahad, 22 Jun 2014

Cross Stitch Fabric I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masih lagi dalam proses menyiapkan project 'Roar like a cute lion'. Pattern daripada magazine CrossStitcher May 2014. Harap boleh siap sebelum aidilfitri tahun ini. Bukan apa, sebenarnya dah boring sebab almost 2 months buat benda yang sama. Inilah masalah global saya, lebih dari 2 bulan  saya akan mula boring dan tangan pun mulalah gatal membelek pattern-pattern baru yang teringin
nak buat..

Roar like a lion
 
 20 years ago when i first did my xstitch, i used 14 ct Aida. Ketika itu saya ingatkan hanya itulah satu-satunya jenis fabric yang ada untuk peminat tegar xstitch. Maka besar-besar gedabaklah hasil project saya.

Hari ini, bermacam-macam jenis fabric dengan saiz count yang berbeza-beza ada di pasaran. Yang paling common di Malaysia adalah Aida. Ada juga xstitcher yang sukakan fabric jenis linen, evenweave atau sekadar di atas kain biasa contohnya cotton menggunakan waste canvas.

Untuk beginner, saya suggest gunakan fabric jenis Aida dengan count yang besar-besar sedikit contohnya 14 ct atau 11 ct. Fabric linen memang cantik with smooth and neat finishing tapi agak mencabar jiwa dan raga. Saya pun masih terkial-kial dengan linen. Favourite saya adalah Aida 14 ct menggunakan 2 threads benang xstitch.

Lebih kecil saiz count lebih mahal harganya. But on the other hand, kita jimat pada benang kerana hanya menggunakan 2 atau 3 threads sahaja. Lecehnya pula saiznya yang halus boleh membuatkan xstitcher separa veteren seperti saya menjadi bertambah rabun.

Selalunya tak susah mencari Aida fabric di kedai-kedai xstitch di Malaysia. Cuma kalau nak warna-warna yang lebih menarik dan dramatic saya terpaksalah google online. selalunya ebay lah yang menjadi mangsa (atau saya yang menjadi mangsa ebay?. nevermind..). Untuk linen dan evenweave memang saya terpaksa beli online. Namun lepas ini tidak perlu bersusah-payah ke kedai x-stitch kerana anda boleh dapatkan fabric cross stitch dari Shop Online di sini.

Linen
 
Aida 14 ct

Ok, thats all for now. Next posting saya akan berkongsi cara-cara mengira anggaran saiz project mengikut saiz count. Till then, happy cross stitching dan selamat menyambut bulan Ramadhan.



wassalam





Ahad, 15 Jun 2014

Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya bukanlah penulis yang hebat. Ilmu mengarang yang saya ada pun setakat BM peringkat SPM tahun 1994 (Alhamdulillah nasib baik BM saya 1!). Lepaslah setakat nak menulis di dalam blog.

Saya ada banyak hobi. Salah satunya adalah needlework. Ingat lagi zaman sekolah rendah dulu saya suka menjahit puppet. Setakat baju anak patung memang saya punya extravaganza hasil tangan sendiri. Zaman undergrad pula saya mula menceburkan diri dalam bidang cross stitch (bahasa melayunya silang pangkah). Nasib baiklah graduated dalam sibuk-sibuk menjahit silang pangkah. Apa yang bestnya cross stitch ni? Tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Seronok, kepuasan hati, ketenangan. itu hanya sebahagian. Perasaan itulah yang hendak saya kongsikan di sini.

Pada saya internet secara umumnya dan blog secara khususnya adalah lombong pahala. Atas prinsip itu maka terhasillah blog ini. Diharap ilmu yang bermanfaat dapat memberi saham yang berterusan kepada saya. amin.

Enjoy reading (and cross-stitching)



Wassalam