Masih lagi dalam proses menyiapkan project 'Roar like a cute lion'. Pattern daripada magazine CrossStitcher May 2014. Harap boleh siap sebelum aidilfitri tahun ini. Bukan apa, sebenarnya dah boring sebab almost 2 months buat benda yang sama. Inilah masalah global saya, lebih dari 2 bulan saya akan mula boring dan tangan pun mulalah gatal membelek pattern-pattern baru yang teringin
nak buat..
| Roar like a lion |
Hari ini, bermacam-macam jenis fabric dengan saiz count yang berbeza-beza ada di pasaran. Yang paling common di Malaysia adalah Aida. Ada juga xstitcher yang sukakan fabric jenis linen, evenweave atau sekadar di atas kain biasa contohnya cotton menggunakan waste canvas.
Untuk beginner, saya suggest gunakan fabric jenis Aida dengan count yang besar-besar sedikit contohnya 14 ct atau 11 ct. Fabric linen memang cantik with smooth and neat finishing tapi agak mencabar jiwa dan raga. Saya pun masih terkial-kial dengan linen. Favourite saya adalah Aida 14 ct menggunakan 2 threads benang xstitch.
Lebih kecil saiz count lebih mahal harganya. But on the other hand, kita jimat pada benang kerana hanya menggunakan 2 atau 3 threads sahaja. Lecehnya pula saiznya yang halus boleh membuatkan xstitcher separa veteren seperti saya menjadi bertambah rabun.
Selalunya tak susah mencari Aida fabric di kedai-kedai xstitch di Malaysia. Cuma kalau nak warna-warna yang lebih menarik dan dramatic saya terpaksalah google online. selalunya ebay lah yang menjadi mangsa (atau saya yang menjadi mangsa ebay?. nevermind..). Untuk linen dan evenweave memang saya terpaksa beli online. Namun lepas ini tidak perlu bersusah-payah ke kedai x-stitch kerana anda boleh dapatkan fabric cross stitch dari Shop Online di sini.
![]() |
| Linen |
![]() |
| Aida 14 ct |
Ok, thats all for now. Next posting saya akan berkongsi cara-cara mengira anggaran saiz project mengikut saiz count. Till then, happy cross stitching dan selamat menyambut bulan Ramadhan.
wassalam


Tiada ulasan:
Catat Ulasan