Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang penuh berkat..
Sedar tak sedar dah nak masuk minggu terakhir berpuasa. Tahun ni tak terasa sangat letih berpuasa walau pun cuaca panas dan kering kontang.. Alhamdulillah banyak yang dipermudahkan.. Oh ya, my 'Roar like a lion' sudah siap! Bersusah payah teman stay up lepas terawih semata-mata nak siapkan sebelum raya. Tinggal nak hantar frame. Di mana nak letak gambar tu? lepas raya nanti saya bagi tau :) yang pasti bukan di rumah saya atau rumah sesiapa.
 |
| Roar!! |
Apa dia thread organiser? Thread organiser adalah alat untuk mempermudahkan kita meng'organise' benang mengikut number dan menyimpan needles. Tidak perlu thread organiser jika setiap benang yang dipotong kita gunakan habis. Masalah timbul bila kita guna 2 atau 3 strands sahaja, then the rest of the threads tu nak letak di mana? Habis bersepahlah jawabnya dan akhir sekali masuk tong sampah sebab dah tak ingat nombor. So, disinilah bergunanya thread organiser. Balance thread yang tak digunakan boleh diikat pada organiser. Selain itu, needles yang berbenang pun boleh di susun mengikut number pada floss. Senang dan menjimatkan.
Few months ago adalah cuba-cuba menggoogle nak membeli thread organiser ni di online. Alamak, terkedu sebentar bila tengok harganya. Maka, memandangkan teman ni champion dalam hal2 berkaitan inovasi, maka terhasillah my own handmade-single use-cute-and-practical thread and needles organiser! Memang mudah dan menjimatkan. Saya menggunakan kain felt untuk menyimpan needle. Cucuk saja needle yang berbaki benang pada kain felt.. tarraaa! Jimat benang dan needles pun tak hilang. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah dapatkannya di sini, murah aje.. :)
 |
| Handmade needles and thread organiser |
 |
| Thread organiser ini di jual di Ebay pada harga RM75 |
Seminggu dua sebelum raya ni saya terpaksa menyimpan bakul cross stitch kerana kekangan tugas lain - iaitu menjahit beads untuk baju raya. Merelip-reliplah teman di pagi raya nanti. Sempat juga menjahit renda di telekung untuk dipakai ketika berterawih. Prinsip saya mudah, kalau pergi berdating/bershopping kita boleh pakai cantik-cantik, ketika menghadap tuhan sepatutnya lebih daripada itu (tapi tidaklah sampai ke tahap tabarruj).
 |
| Aktiviti di bulan puasa |
Untuk next project, saya nak buat My Sewing Room pula. Awal-awal tu teringin nak buat di atas linen, tapi lepas ukur punya ukur, linen tak cukup. So end up with aida 14 ct colour ala-ala hijau lumut gitu. Ok, next posting may be lepas raya. Till then, happy cross stitching dan selamat hari raya!!
 |
| My next project awaiting |
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan