Jumaat, 5 September 2014

Evenweave

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berjaya memujuk hubby ke Taipan, Subang Jaya on the way back to Ipoh last 2 week. Mencari fabric linen dan evenweave tapi malangnya sudah kehabisan stok (bak kata salesgirl di situ dengan slang Indonesianya). Dah alang-alang sampai, kenalah bawa balik something ke Ipoh. So, saya memilih cross stitch cloth Aida (Aida lagi..), but this one is 18 ct! Brand Charles Craft. Saya still akan gunakan 2 strands untuk 18 ct. Belum decide lagi apa project nak buat dengan kain yang baru dibeli ini. Project My Sewing Room halfway pun belum siap lagi.

BIlalah nak siap My Sewing Room..
Apa bezanya linen dengan evenweave? kalau ikut definisi, evenweave adalah fabric yang 'evenly woven' atau dengan kata lain bilangan threadnya adalah sama, melintang dan menegak. kalau 32 ct maksudnya 32 thread melintang dan 32 thread menegak. So, lagi sekali, apa bezanya dengan linen? Dalam dunia cross stitch, Evenweave adalah fabric selain daripada Aida dan linen. Linen adalah 100% linen. Evenweave pula ada kalanya campuran antara linen, cotton, rayon mengikut percentage masing-masing. Ada banyak brand evenweave mengikut komposisi fabric. ada jobelan, Lugana, Belfast, etc.

Most of the cross stitchers prefer to use 'over 2' stitch for evenweave, same as linen. Teknik langkau satu kotak ini memudahkan kita jika ingin membuat fractional stitch. Evenweave dan linen sangat sesuai untuk sampler. Contoh sampler adalah seperti project My Sewing Room seperti di atas, dimana terdapat wording, pictures, borders dalam satu gambar. In between ada ruang kosong.

Memandangkan evenweave juga mahal seperti linen, selalunya saya menggunakannya untuk project kecil-kecillan, contohnya project country kitchen dari Stoney Creek seperti dibawah, yang berukuran kurang dari 10 cm x 10 cm. Betullah kata sesetengah orang, once you use linen and evenweave, you will fall in love with it and forget about Aida. Saya antara salah seorang yang sudah fall in love with evenweave.

Country Kitchen from Stoney Creek
Saya ada hobby baru yang ingin dikongsi bersama, iaitu machine embroidery dan patchwork. Saya menggunakan mesin jahit kesayangan saya yang saya beli dua tahun yang lalu untuk menjahit embroidery. Seperti tema Hari Kebangsaan tahun ini - Malaysia.. Disini Lahirnya Sebuah Cinta, hasilnya memang menakjubkan. Saya memang sudah jatuh cinta dengan embroidery! Semoga bertemu lagi di posting akan datang, Till then, happy cross stitching to everyone.


Just Call Me Cupcake
Wassalam.

Khamis, 28 Ogos 2014

Weekend Project: Pot Holder

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mini project on linen yang saya start 2 weeks ago dah siap. Nak framekan kecil sangat. Fikir punya fikir akhirnya dapat ilham - nak buat pot holders! Pot holders yg teman ada sekarang pun banyak yang dah nak expired, sama aje rupenye dengan kain buruk. Lagi pun banyak kain scrap di rumah, might as well gunakanlah dengan cara yang berhemah.




Mari kita berkongsi cara-cara menjahit potholder:

Barang-barang yang diperlukan:
  • Project cross stitch yang dah siap (atau apa-apa gambar yang menarik, applique pun cantik juga).
  • Kain cotton berukuran 20 cm x 20 cm
  • Bias tape berukuran 5 cm x 80 cm
  • Potongan kain untuk penyangkut berukuran 6 cm x 10 cm
  • Kain tebal sebagai pelapik/penebat haba (saya gunakan tuala yang tak digunakan lagi)
  • Bunga atau button
  • Jarum peniti dan matching benang


  1. First sediakan barang-barang yang diperlukan.
  2. Jahit ke dalam bahagian atas kain cross stitch.
  3. Sementara itu ?sandwichkan 3 lapisan fabric dengan pelapik ditengah-tengah seperti dalam gambar. Jahit disekeliling hujung kain.
  4. Tanda 4 garisan di atas kain pada jarak yang sama kemudian jahit.
  5. Jahit kain cross stitch dibahagian depan pot holder. Gunting lebihan kain/benang supaya kelihatan kemas.
  6. Pinkan bias tape di tepi kain dengan jarum peniti
  7. Jahit bias tape untuk kemasan tepi.
  8. Terbalikkan dan lipat bias ke dalam dan jahit lagi sekali. Part ini saya saya guna jahitan tangan. Akhir sekali lekatkan kain untuk penyangkut di penjuru atas sebelah kiri menggunakan button atau bunga di kedua-dua side.



Tarra!! Inilah hasilnya. Sesiapa yang berminat boleh dapatkannya di sini. Specially handmade, dibuat dengan penuh kasih sayang.

cutenya.. tak sampai hatilah pulak nak buat angkat periuk
Initial plan nak lekatkan bunga pada penjuru kiri, tapi selepas mendapat maklumbalas dari juri tetap a.k.a my husband, terpaksalah idea itu diketepikan. My husband kata tak dan lama kalau letak bunga, lepas 2,3 hari luruh. Ceh..

That's all for now. Selamat mencuba.

Wassalam.

Rabu, 20 Ogos 2014

Pattern III: Bright Butterflies

Assalamualaikum dan salam penghujung aidilfitri..

Puas meronda di Plaza Angsana, Johor Bahru. Sempatlah menyinggah ke kedai embroidery di tingkat 3. Alamak, mahalnya cross stitch fabric yang dijual disitu, lebih mahal daripada yang dijual di Ipoh. Last-last melepak di kedai buku di tingkat 2. Ada dijual Majalah Cross Stitcher edisi August 2014 yang memaparkan pattern seekor kucing. Teringat pula pada Combi dan Juleng. Nasib baiklah ada pet boarding (?school) dekat dengan rumah, kalau tidak susah juga dibuatnya. Takkan nak angkut 2 ekor tu setiap kali outstation.

Suka betul tidur dalam kotak kasut..

...dan dalam buaian
Actually, i'm not that interested into animal patterns. Pernah buat few butterflies project but ended up giving it to my friends, as a gift. Sama juga dengan project Roar Like a Lion, dah selamat digantung di wad oncology dewasa HRPB. Sweet reminder to all cancer patients and cancer survivors, let's fight like a lion!

Bright butterfly seperti di bawah ini adalah antara favourite saya. I like all bright and colourful patterns. Tapi masalahnya tak sesuailah pula dengan warna tema dalam rumah. Butterfly ini ada 2 beradik. The other one dah bagi pada orang, terlupa nak ambil gambarnya. Sesiapa yang nak cuba boleh dapatkan kit di sini.




Hujung minggu ini husband outstation ke KL pula. Anak-anaklah yang paling seronok sebab menginap di Impiana Hotel yang buffet breakfastnya sungguh awesome. Ibunya pula seronok sebab hotel berjiran dengan Suria KLCC! :) Dah alang-alang ke KL bolehlah menyinggah ke embroidery shop favourite saya di Taipan, Subang Jaya. Nak mencari fabric linen dan evenweave, kalau-kalau ada. Nampaknya Juleng dan Combi terpaksa masuk sekolah asrama lagilah untuk 2, 3 hari..

Semoga bertemu lagi di lain posting.

Wassalam.


Jumaat, 15 Ogos 2014

Pattern II: Butterfly and Flower

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Punyalah plan hujung minggu ni nak pergi open house di rumah kawan-kawan, tiba-tiba suami kena pergi outstation ke JB. Short notice! Kalau tak ikut rugi pula rasanya. What a surprise, everything packed in one hour. Rasanya i'm becoming more expert in packing and unpacking luggage. Sebenarnya saya ada list yang saya namakan Packing List untuk saya, suami dan anak-anak. One list to everywhere. Each time kena pergi somewhere, i'll bring out my Packing List! Kalau ikut one by one Inshaa Allah takkan ada barang yang tertinggal.

There is one embroidery shop di Plaza Angsana yang menjadi favourite saya. Of course itu salah satu kedai yang wajib dikunjungi kalau sampai ke JB. Kadang kala tak ada apa pun yang dicari, but it becomes some kind of therapy just looking at the beautiful colours of threads, buttons, fabrics, etc. Yeah.. i know, there's something wrong with me.

My Mini Project on linen dah siap! Sangat meriah warnanya. These two small tiny things took me almost 2 weeks to finish it! Pattern dari Cross Stitcher magazine January 2014. Designed by Fiona Crouch.

Lovely

Sesiapapa yang berminat untuk mencuba boleh dapatkan kit di sini. Ada 4 patterns altogether. Kit includes 14 ct aida fabric ye, bukan linen, sebab linen mahal cik kak oii..

Coloured pattern

Alright, semoga bertemu lagi di lain posting.

Wassalam.

Isnin, 11 Ogos 2014

Linen

Assalamualaikum dan salam aidilfitri

Dah nak masuk minggu ketiga bulan Syawal. Kemeriahan sambutan aidilfitri masih terasa. Jemputan ke open house berderet-deret. Ada yang dapat dipenuhi, yang tak dapat dipenuhi tu minta maaflah banyak-banyak. This year no open house for us. Half open only. Sebelum puasa dah buat kenduri, tak larat nak buat another 'kenduri' within short period of time

Hari ni baru nak mula puasa 6 di bulan syawal. Orang lain dah lama habis kita baru nak mula. Bukan tak mahu start awal-awal, tapi keadaan tak mengizinkan (iyor ler tu..) Harap-harap boleh dapat straight 6 days tanpa gap. Besar fadhilatnya puasa 6 ni seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “'Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun'.

Boring menatap project My Sewing Room, hari ni gatal tangan membelek pattern-pattern dari magazine-magazine lama. Adalah patten kecil yang berkenan dihati. Nampak macam sesuai saja untuk coming soon Weekend Project.

Butterfly on linen
Saya stitchnya diatas 28 ct linen colour grey rustic. Dah lama tak guna linen. Berbeza dengan aida, linen tersangatlah lembutnya. My personal opinion adalah agak mustahil untuk menjahit di atas linen tanpa menggunakan hoop. Boleh kebas tangan yang dah sedia ada Carpal Tunnel Syndrome ni nak memegang fabric dan memaintain ketegangannya. Jahitan di atas linen juga berbeza jika dibandingkan dengan aida. Apabila menggunakan linen, kita melangkau satu kotak untuk setiap stitch. Memang agak mengelirukan especially untuk ct yang halus-halus.

Jahitan di atas linen melangkau kotak
Cara mudah untuk menganggar saiz stitch dengan membandingkan dengan aida fabric adalah seperti berikut - 28 ct linen adalah bersamaan dengan 14 ct aida (bahagi 2 sebab kita melangkau kotak). Tak ada masalah kalau saja-saja nak guna linen instead of aida untuk pattern yang berasaskan aida. Kita yang buat dia, pandai-pandailah adjust :)

Semoga bertemu lagi di next posting, salam aidilfitri.


Wassalam.


Rabu, 6 Ogos 2014

Pattern I: Mom's Laundry

Assalamualaikum dan salam aidilfitri, 

10- Syawal sudah berlalu. Aidilfitri tahun ni saya beraya sakan. 8 negeri pantai barat saya tempuh within first 5 days of raya. Nak buat mcm mana, hubby orang Kedah, saya pula Johorean. Sebenarnya inilah first time dalam sejarah kami pulang beraya di kedua-dua belah kampung. Selalunya sama ada balik ke Kedah atau Johor sahaja. Seronok tu memanglah seronok, tapi rasa macam nak berkematu punggung travel 13 jam dengan kereta. 

After more than 10 years, akhirnya berjaya juga tahun ini menganyam ketupat palas (berguru dengan mother in-law)

As usual, perkara yang paling saya tak suka nak buat bila pulang dari berpoya-poya adalah unpacking luggage. Ini termasuklah membasuh, menyidai, melipat, mengiron dan menyusun baju yang berbakul-bakul banyaknya. Dulu sebelum ada maid saya mengamalkan sistem gotong royong. Saya basuh, anak-anak sidai dan angkat, iron hantar ke dobi, lipat baju beramai-ramai dan susun baju masing-masing. Teringin mempunyai bilik laundry yang fully furnished, ada washing machine, dryer, cabinet. Nampaknya menjadi angan-angan yang tidak kesampaian sahajalah buat masa ni. 

Bakul Laundry hasil inovasi sendiri


Talking about maid, Alhamdulillah saya ada local maid, a.k.a Makcik Na yang datang setiap hari bekerja dari pagi sampai petang. Dulu pernah ada maid indonesia. ada yang ok, ada yang tak o.k. Yang ok tersangatlah bagusnya sampai boleh mengajar anak-anak saya mengaji Quran. Maid yang tak ok pula ada yang bawa anak-anak saya pergi berdating dengan mamat bangla masa saya dan suami pergi bekerja! adoiyai..

Ada  satu completed cross stitch berkenaan laundry yang close to my heart. Patternnya saya beli di ebay. Lama juga nak menyiapkannya. Sesiapa yang berminat boleh dapatkan kit di sini. 

Mom's Laundry


Oklah, selamat hari raya kepada semua. Semoga aidilfitri tahun ini memberi kecerian kepada anda sekeluarga. Hati-hati di jalan raya. 

        Kutub utara kutub selatan, 
        Nak singgah RnR parking tak ada, 
        Maaf bermaafan di hari lebaran, 
        Salam aidilfitri untuk semua

Wassalam.


Ahad, 20 Julai 2014

Thread Organiser

Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang penuh berkat..

Sedar tak sedar dah nak masuk minggu terakhir berpuasa. Tahun ni tak terasa sangat letih berpuasa walau pun cuaca panas dan kering kontang.. Alhamdulillah banyak yang dipermudahkan.. Oh ya, my 'Roar like a lion' sudah siap! Bersusah payah teman stay up lepas terawih semata-mata nak siapkan sebelum raya. Tinggal nak hantar frame. Di mana nak letak gambar tu? lepas raya nanti saya bagi tau :) yang pasti bukan di rumah saya atau rumah sesiapa.


Roar!!

Apa dia thread organiser? Thread organiser adalah alat untuk mempermudahkan kita meng'organise' benang mengikut number dan menyimpan needles. Tidak perlu thread organiser jika setiap benang yang dipotong kita gunakan habis. Masalah timbul bila kita guna 2 atau 3 strands sahaja, then the rest of the threads tu nak letak di mana? Habis bersepahlah jawabnya dan akhir sekali masuk tong sampah sebab dah tak ingat nombor. So, disinilah bergunanya thread organiser. Balance thread yang tak digunakan boleh diikat pada organiser. Selain itu, needles yang berbenang pun boleh di susun mengikut number pada floss. Senang dan menjimatkan.

Few months ago adalah cuba-cuba menggoogle nak membeli thread organiser ni di online. Alamak, terkedu sebentar bila tengok harganya. Maka, memandangkan teman ni champion dalam hal2 berkaitan inovasi, maka terhasillah my own handmade-single use-cute-and-practical thread and needles organiser! Memang mudah dan menjimatkan. Saya menggunakan kain felt untuk menyimpan needle. Cucuk saja needle yang berbaki benang pada kain felt.. tarraaa!  Jimat benang dan needles pun tak hilang. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah dapatkannya di sini, murah aje.. :)


Handmade needles and thread organiser



Thread organiser ini di jual di Ebay pada harga RM75

Seminggu dua sebelum raya ni saya terpaksa menyimpan bakul cross stitch kerana kekangan tugas lain - iaitu menjahit beads untuk baju raya. Merelip-reliplah teman di pagi raya nanti. Sempat juga menjahit renda di telekung untuk dipakai ketika berterawih. Prinsip saya mudah, kalau pergi berdating/bershopping kita boleh pakai cantik-cantik, ketika menghadap tuhan sepatutnya lebih daripada itu (tapi tidaklah sampai ke tahap tabarruj).

Aktiviti di bulan puasa

Untuk next project, saya nak buat My Sewing Room pula. Awal-awal tu teringin nak buat di atas linen, tapi lepas ukur punya ukur, linen tak cukup. So end up with aida 14 ct colour ala-ala hijau lumut gitu. Ok, next posting may be lepas raya. Till then, happy cross stitching dan selamat hari raya!!



My next project awaiting
 
Wassalam



Isnin, 7 Julai 2014

Jenis-jenis Jahitan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Minggu kedua dalam bulan puasa. Berbeza dari tahun-tahun lepas, tahun ini berpuasa sebagai 'surirumah sepenuh masa'. Hikmah disebaliknya pula dapat berterawih bersama-sama suami on most of the nights. Anyway, tetap tak sabar nak start kerja selepas raya nanti.. Inshaa Allah.

Baru sahaja minggu lepas saya bercerita mengenai stitch ruler. Tengok-tengok majalah Cross Stitcher edisi July 2014 ada bagi free gift and it is a Hinged Stitcher's Ruler! This one looks more attractive because dia ada magnetic compartment inside it untuk simpan needles! wow! Since profesional stitcher seperti saya (cewah!) tidak memerlukan stitch ruler, so i would like to give it away. U guys can get it here at a very reasonable price. Siapa cepat dia dapat!



Hinged Stitcher's Ruler

Ok, enough of introduction. This time kita akan bercerita mengenai cara-cara menjahit cross stitch. Ada beberapa jenis jahitan basic yang perlu kita tahu untuk menjadi cross stitcher. Let me describe one by one.

1. Cross Stitch (jahitan silang pangkah)
Potong benang sepanjang lebih kurang 40 cm and thread your needle. Ikat simpul di salah satu hujung. Buat satu jahitan sendeng melintasi satu block aida. Kemudian buat satu lagi jahitan sendeng to complete your cross. Untuk satu barisan yang sama warna, jahit dari arah kiri ke kanan. Direction sendeng adalah terserah kepada hak mutlak individu. Nak ke kiri boleh, nak ke kanan pun boleh. Tapi kenalah sama untuk setiap jahitan. Jahitan yang seragam membuatkan project seolah2 memantulkan cahaya, especially kalau guna benang yang berkilau.


Jahit mengikut barisan dari kiri ke kanan dan patah balik ke kiri.

2. Back Stitch (Jahitan belakang)
Backstitch digunakan untuk memberi kesan garisan (ouline) dan menambah kekemasan. Backstitch memerlukan anda menggunakan jarum yang tajam dan selalunya menggunakan satu strand benang sahaja. Apabila project sudah siap, mulakan jahitan di tepi object yang hendak di outline. Jahit sisi object dalam jarak 1-3 block aida.
 
Back stitch
 
3. French Knot (?simpulan Perancis)
French knot digunakan untuk lebih menampakkan titik serta kesan 3D. Gunakan jarum yang sedikit tajam dengan satu atau dua strands benang. Balutkan benang sebanyak dua kali di sekeliling needle. Tarik hujung benang sehingga ke hujung needle. Rapatkan needle berdekatan dengan tempat keluar benang. Kemudian cucuk needle melalui fabric dan tarik gently sehingga terbentuknya simpulan kecil di atas fabric.
 
French knot
 
Ada macam-macam lagi jenis jahitan seperti half stitch, fractional stitch, beading dan lain-lain lagi. memandang keletihan berpuasa maka izinkan saya berhenti setakat ini dahulu. Jahitan-jahitan yang lain akan kita bincangkan kemudian.

Happy fasting and cross-stitching!


Wassalam.





 

Ahad, 29 Jun 2014

Cross Stitch Fabric II

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Hari kedua dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi oleh Allah Taala untuk merasai nikmat berpuasa bersama keluarga, bersahur dan berbuka bersama-sama. Of course ke pasar Ramadhan setiap petang bersama cik abang yang rambang mata tengok juadah berbuka.

Setiap xstitcher ada cara tersendiri untuk menentukan di mana first stitch sebelum memulakan sesuatu project. Begitu juga dengan saya. Kalau nak mudah gunakan cross stitch ruler gauge. Ruler seperti gambar dibawah membolehkan xstitcher menentukan di mana first stitch dan saiz fabric untuk project tersebut. Lain ct lain saiz fabric yang harus dipotong. Tentu sekali kita tidak mahu membazir fabric kita dengan memotong secara berlebihan.. kain sekarang mahal cik kak oiii..

Cottage Mill Cross Stitch Gauge 
 
Berapa harganya pembaris ni? Di Amazon lebih kurang RM14 satu. Itu tidak termasuk kos penghantaran.

Kitchen Rack

Sebelum itu apakah yang dimaksudkan dengan count (ct). Ct adalah bilangan kotak kecil per inci kain. kalau 14 ct maksudnya 14 kotak kecil per inci kain. Basically, lagi besar ct lagi kecillah saiz project.

Cara yang saya gunakan mudah - gunakan calculator yang sedia ada di rumah mahupun di pejabat. Ambil contoh project Kitchen Rack diatas. Mula-mula kira berapa banyak kotak kecil, melintang dan  menegak. Terdapat 180 kotak melintang dan 70 kotak menegak. Kemudian tentukan saiz fabric anda. katakanlah anda nak guna Aida 11ct. sekarang mari kita kira saiz project anda:

Ukuran melintang = 180/11
                             = 16.4"
                             = 41.66 cm

Ukuran menegak = 100/11
                            = 9.1"
                            = 23.1 cm                   

So, saiz project anda adalah lebih kurang 41.7 cm melintang dan 23.1 cm menegak. Untuk saiz kain pula saya akan lebihkan 2 - 3" untuk memudahkan attachment di ram.

So, sekarang di mana first stitch. Untuk mendapatkan gambar betul-betul ditengah kain, cara yang paling senang ialah dengan bermula dari tengah. Lipat kain 2 kali, melintang dan menegak, kemudian cari titik tengah dah tandakan. Disitulah first stitch kita. Titik tengah di pattern pula selalunya sudah di tanda dengan anak panah. Kalau berkenan dengan pattern Kitchen Rack di atas boleh dapatkan di sini (cross stitch kit, siap dengan high quality fotostat pattern x 2, Aida 14 ct cream, thread organizer, flos DMC mengikut nombor dan needle #26 x 5).

Alright, itu sahaja pelajaran kita hari ini. Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati dan diterima Allah SubhanahuWaTaala. Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka dan jangan lupa Sembahyang Terawih.. :)



wassalam.



Ahad, 22 Jun 2014

Cross Stitch Fabric I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masih lagi dalam proses menyiapkan project 'Roar like a cute lion'. Pattern daripada magazine CrossStitcher May 2014. Harap boleh siap sebelum aidilfitri tahun ini. Bukan apa, sebenarnya dah boring sebab almost 2 months buat benda yang sama. Inilah masalah global saya, lebih dari 2 bulan  saya akan mula boring dan tangan pun mulalah gatal membelek pattern-pattern baru yang teringin
nak buat..

Roar like a lion
 
 20 years ago when i first did my xstitch, i used 14 ct Aida. Ketika itu saya ingatkan hanya itulah satu-satunya jenis fabric yang ada untuk peminat tegar xstitch. Maka besar-besar gedabaklah hasil project saya.

Hari ini, bermacam-macam jenis fabric dengan saiz count yang berbeza-beza ada di pasaran. Yang paling common di Malaysia adalah Aida. Ada juga xstitcher yang sukakan fabric jenis linen, evenweave atau sekadar di atas kain biasa contohnya cotton menggunakan waste canvas.

Untuk beginner, saya suggest gunakan fabric jenis Aida dengan count yang besar-besar sedikit contohnya 14 ct atau 11 ct. Fabric linen memang cantik with smooth and neat finishing tapi agak mencabar jiwa dan raga. Saya pun masih terkial-kial dengan linen. Favourite saya adalah Aida 14 ct menggunakan 2 threads benang xstitch.

Lebih kecil saiz count lebih mahal harganya. But on the other hand, kita jimat pada benang kerana hanya menggunakan 2 atau 3 threads sahaja. Lecehnya pula saiznya yang halus boleh membuatkan xstitcher separa veteren seperti saya menjadi bertambah rabun.

Selalunya tak susah mencari Aida fabric di kedai-kedai xstitch di Malaysia. Cuma kalau nak warna-warna yang lebih menarik dan dramatic saya terpaksalah google online. selalunya ebay lah yang menjadi mangsa (atau saya yang menjadi mangsa ebay?. nevermind..). Untuk linen dan evenweave memang saya terpaksa beli online. Namun lepas ini tidak perlu bersusah-payah ke kedai x-stitch kerana anda boleh dapatkan fabric cross stitch dari Shop Online di sini.

Linen
 
Aida 14 ct

Ok, thats all for now. Next posting saya akan berkongsi cara-cara mengira anggaran saiz project mengikut saiz count. Till then, happy cross stitching dan selamat menyambut bulan Ramadhan.



wassalam





Ahad, 15 Jun 2014

Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya bukanlah penulis yang hebat. Ilmu mengarang yang saya ada pun setakat BM peringkat SPM tahun 1994 (Alhamdulillah nasib baik BM saya 1!). Lepaslah setakat nak menulis di dalam blog.

Saya ada banyak hobi. Salah satunya adalah needlework. Ingat lagi zaman sekolah rendah dulu saya suka menjahit puppet. Setakat baju anak patung memang saya punya extravaganza hasil tangan sendiri. Zaman undergrad pula saya mula menceburkan diri dalam bidang cross stitch (bahasa melayunya silang pangkah). Nasib baiklah graduated dalam sibuk-sibuk menjahit silang pangkah. Apa yang bestnya cross stitch ni? Tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Seronok, kepuasan hati, ketenangan. itu hanya sebahagian. Perasaan itulah yang hendak saya kongsikan di sini.

Pada saya internet secara umumnya dan blog secara khususnya adalah lombong pahala. Atas prinsip itu maka terhasillah blog ini. Diharap ilmu yang bermanfaat dapat memberi saham yang berterusan kepada saya. amin.

Enjoy reading (and cross-stitching)



Wassalam